|
||||||||||||||||
Sila Klik Pilihan Anda |
|
|||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
|
|||||||||||||||
|
||||||||||||||||
FALSAFAH PENDIDIKAN
NEGARA
|
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggunjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
|
|||||||||||||||
FALSAFAH PENDIDIKAN
ISLAM
|
Pendidikan Islam adalah suatu usaha menyampaikan ilmu kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
|
|||||||||||||||
FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA |
Pendidikan di SMKAA adalah merupakan satu usaha yang terancang, terawal dan berterusan berdasarkan panduan ILMU dan AMAL SOLEH serta BUDAYA ISLAM dalam suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama, diri, ummah dan negara.
|
|
||||||||||||||
FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA ARAU
|
Satu usaha pendidikan yang menyepadukan aspek-aspek kerohanian dan keilmuan untuk mewujudkan insan kamil yang mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W melalui amalan Al-Quran dan SunnahNya.
Mengembangkan potensi individu ke arah mengamalkan ilmu secara berterusan dalam hidup di samping mempunyai akhlak yang tinggi, bercita-cita murni, bertanggungjawab ke arah kesejahteraan diri, masyarakat dan negara Malaysia sesuai dengan matlamat kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
|