Make your own free website on Tripod.com

Sila Klik Pilihan Anda  

 

Misi
Matlamat
Piagam
Sejarah sekolah
Lagu sekolah
Kurikulum
Kokurikulum
HEM
Unit ICT
Tazkirah

"SMKAA SENTIASA DI HADAPAN"

Assalamualaikum,Selamat datang ke laman web rasmi SMK Agama Arau

 

 
RENUNGAN BERSAMA
Peringatan lima musibah kepada golongan Muhajirin

“Wahai golongan Muhajirin, ada lima musibah yang kelak kamu akan menjumpainya, aku berlindung kepada Allah agar kamu tidak menjumpainya

·  Apabila perbuatan keji telah bermaharajalela dalam sesuatu masyarakat dan mereka mengerjakannya secara terang-terangan.

Maka, wabak penyakit dan kelaparan akan bermaharajalela di tengah-tengah mereka. Sesuatu hal yang belum pernah terjadi pada orang terdahulu.

·  Apabila mereka mengurangi sukatan dan timbangan.

Maka, kepada mereka akan ditimpakan musim kemarau, susah mencari pencarian dan mereka akan dikuasai oleh penguasa yang zalim.

·  Apabila enggan mengeluarkan zakat daripada harta mereka.

Maka, mereka ditahan menikmati hujan dari langit dan sekiranya tidak ada haiwan melata (di muka bumi ini), nescaya tiada hujan kepada mereka.

·  Apabila mereka melanggar perjanjian Allah dan rasul-Nya.

Maka, Allah akan memberi kekuasaan kepada musuh untuk menguasai mereka. Lalu, musuh itu mengambil sebahagian kekayaan yang ada di tangan mereka.

·  Dan selama pemimpin mereka tidak berhukum dengan hukum Allah dan memilih apa yang Allah turunkan, maka Allah jadikan permusuhan antara mereka.

Setelah Allah menunjukkan balanya, tidak mahu juga kita berhenti daripada melakukan perkara maksiat?”

 

 
FALSAFAH PENDIDIKAN
NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggunjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
   
FALSAFAH PENDIDIKAN
ISLAM
Pendidikan Islam adalah suatu usaha menyampaikan ilmu kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
 
 

FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA

Pendidikan di SMKAA adalah merupakan satu usaha yang terancang, terawal dan berterusan berdasarkan panduan ILMU dan AMAL SOLEH serta BUDAYA ISLAM dalam suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama, diri, ummah dan negara.
 
FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA ARAU 
Satu usaha pendidikan yang menyepadukan aspek-aspek kerohanian dan keilmuan untuk mewujudkan insan kamil yang mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W melalui amalan Al-Quran dan SunnahNya. Mengembangkan potensi individu ke arah mengamalkan ilmu secara berterusan dalam hidup di samping mempunyai akhlak yang tinggi, bercita-cita murni, bertanggungjawab ke arah kesejahteraan diri, masyarakat dan negara Malaysia sesuai dengan matlamat kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.